LAWAK JENAKA SEKETIKA...

Lalu, Lalu..... Kecemasan

Bila cakap pasal kecemasan, kita bayangkan semuanya perlu diurus dengan CEPAT. kalau bawa kereta sendiri, mestilah dipandu dengan cepat atau LAJU. kalau dengan ambulans, tentulah kita harap ia dipandu lagi laju sebab ambulans takkan kena saman, lagipun kecemasan.

tapi, kalau dilihat dari ambulan dibawah, agak-agak la berapa cepat ambulans tu boleh pecut?



jadi, bersyukurlah anda duduk di negara yang dah membangun seperti Malaysia.

Supaya Kereta Lebih Berkuasa Kuda

majoriti dari kita menggunakan kereta berkuasa kuda kecil, dalam 1.6 je. tapi dah jadi tabiat buruk kita, even pakai kancil 660, tapi nak henjut sampai 120. pecah la enjin tu nanti.

jangan bimbang, kini dah ada teknologi yang menggabungkan teknologi moden dengan teknologi dahulu kala untuk menambahkan kelajuan kereta anda. dah la kuasa kudanya makin laju, kos minyaknya lebih murah.



hebat bukan?

kalau nak laju, start enjin dan bawak laju. kuda kat depan tu confirm akan lagi laju berlari takut kena langgar. jadi kelajuan enjin dan tarikan kuasa kuda menjadikan kereta anda setahap laju supersonic. kalau minyak takde, pakai je kuasa kuda kat depan. senang je, kalau kuda tu lapar singgah je tepi jalan bagi makan rumput.

selamat mencuba.

Siapa tak minat boleh keluar

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.

Kuatnya Datuk Kau

Tiga budak tadika bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

khairul azman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."

mohd aizan : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."

khairul azman : "Datuk kau kuat tak, abdul hadi?"

abdul hadi : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."

khairul azman dan mohd aizan : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

Hahahahahahahahahaha....Lawaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Comments

Popular Posts