ASALKU NEGERI SELANGOR...

JOM KITA MENGENALI NEGERI SELANGOR...


Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia. 

Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara banjaran dan Selat Melaka.

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :  

    * Gombak ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang
    * Hulu Langat terbahagi kepada dua:
          o Majlis Perbandaran Kajang mentadbir seluruh Kajang dan Hulu Langat
          o Majlis Perbandaran Ampang Jaya mentadbir seluruh Ampang dan Hulu Klang
    * Hulu Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Hulu Selangor
    * Klang ditabir oleh Majlis Perbandaran Klang
    * Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Langat
    * Kuala Selangor ditadbir oleh Majlis Daerah Kuala Selangor
    * Petaling terbahagi kepada tiga:
          o Majlis Bandaraya Petaling Jaya mentadbir bandaraya Petaling Jaya
          o Majlis Perbandaran Subang Jaya mentadbir seluruh Subang Jaya, USJ, Puchong, Serdang dan Seri Kembangan
          o Majlis Bandaraya Shah Alam mentadbir bandaraya Shah Alam dan Sungai Buloh
    * Sabak Bernam ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam
    * Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang

Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya , Puchong , Rawang dan Semenyih.


SEJARAHNYA...


Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

Pada 1896, Residen Frank Swettenham bertanggungjawab menyatukan Selangor dengan Negeri Sembilan, Perak dan Pahang untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur sebagai pusatnya.

Negeri-negeri Bersekutu ini menjadi Persekutuan Malaya pada 1948 dan seterusnya Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1974, Selangor melepaskan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan ibu negara. Ini terjadi semula pada Putrajaya pada 1995.

Kini, Selangor seluas 7,956 km persegi dan mempunyai penduduk yang paling banyak di Malaysia. Pada 2005, Menteri Besar Selangor mengumumkan status negeri maju terhadap Negeri Selangor Darul Ehsan.

Comments

Popular Posts