KELEBIHAN KISMIS...

Kismis ni rasanya semua org dah pernah makan kan???SEDAP kan... Di sebalik kesedapan kismis ni sebenarnya ia menyimpan byk kelebihan..Bagi yg x tau,mari kita berkenalan dgnnnnnnnnnnn... Encik KISMIS...Hehehehe...



         

          KISMIS






i)          APA ITU KISMIS ?


Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.


ii)         KANDUNGAN KISMIS

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.

Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:


a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b)         Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur
            pandangan.
c)         Melawaskan pembuangan air besar
d)         Melindungi hati
e)         Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f)          Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g)         Membantu sebagai penerang hati
h)        Membantu menguatkan hafalan
i)          Membantu menajamkan mata dan minda
j)          Membantu memulihkan keletihan saraf
k)         Membantu menguatkan daya ingatan
l)          Membantu mengurangkan stress
m)        Membantu merawat penyakit histeria
n)        Membantu merawat penyakit gementar
o)         Membantu merawat penyakit anemia
p)         Membantu merawat masalah sembelit
q)         Membantu merawat masalah pelupa
r)          Menambah fahaman serta minat belajar
s)         Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.

HAH!!APA LAGI..JOMLAH BERSAMA-SAMA KITA MAKAN KISMIS...


Comments

Popular Posts